salam.
tetiba nak update blog pasal resipi agar-agar. simple tapi tak semua orang bole wat jadi sangat sedap.
sebenarnye untuk adik dd dan kakak tasniim resipi nii. huuu oh.ni laa juadah berbuka untuk saya pada hari ini. selamat mencuba!
bahan-bahan:
1.kelapa parut separuh biji
2.1/2 gula melaka
3.1 paket agar-agar(guna 1/2 sahaja)
4.2 helai daun pandan
5.gula pasir
cara-cara:
1.1/2 gula melaka+1 cawan air+3 sudu gula pasir+2 helai daun pandan (cuci dahulu).campurkan semua dalam periuk dan letakkan diatas api.
2.api sederhana besar,kacau sehingga gula melaka tadi cair.
3.setelah gula melaka tadicair dan sebati,tutup api.
4.masukkan separuh paket agar-agar+3/4 cawan air ke dalam periuk lain,letakkan diatas api.guna api kecil.
5.setelah 2 minit,masukkan gula melaka yang telah cair tadi.
6.sementara itu,perah santan dari kelapa 1/2 biji sebanyak dua kali.
7.masukkan perahan santan yang kedua (santan cair) ke dalam periuk berisi agar-agar.kacau sehingga mendidih,pastikan agar-agar telah sebati.masukkan secubit garam
8.setelah mendidih,masukkan perahan santan pertama(santan pekat) ke dalam periuk.kacau sehingga medidih.
9.setelah mendidih,tutup api,kemudian boleh masukkan terus ke dalam loyang.*dinasihatkan untuk menggunakan penapis semasa menuang agar-agar tadi ke dalam loyang agar keladak gula melaka(jika ada) dapat ditapis
*cara-cara ini cukup untuk satu loyang,kalau nak buat dua loyang,semua bahan2 gandakan dua.
**kalau nak lebih cair,masukkan lebih banyak air,agar-agar pon akan jadi sedikit lembut.
***nak lebih manis,masukkan lebih banyak gula pasir.
****nak lagi sedap? dimulakan dengan bismillah,dibuatdengan rasa ikhlas,disertakan dengan senyuman..dan berselawat. :)
ps:
-ni resipi mama saya,jadi tiada salah atau betul,mungkin resipi anda berlainan.oke.
-tasniim,try ni dulu,nanti saya update resipi lain kalau ada.haha kongsi laa resii awak jugak!huu
8 comments:
Alaa kak nk tgok gmbr. Hehehe. Msti sdap. Rasa dia mcm lemak2 kan?
Cocktail takde ke ? Tiba-tiba teringat cocktail gen 05 yang sedap tuh. Tambah-tambah bulan luase macam nih.
Gugu.. Ltak gmbr baru lg best.. Msti sdapp sgtt niii.. Heee..;-)
areena: rs dye memang lemak2 ckit..sedaapppnye..tp yg ni akk x rs lg sbb puasa kannn hee kalau letak gmbar trliur nanti haha
emang: cocktail gen05 tu mmg sedap wt pose2 ni..tp kene mnx tesipi dy btol2..sbb aku slalu tolong kacau je haha
lel:kang ade gmbar trliur acane huuu
xpenah laa plak mkn agar2 dr santan + gula melakaa..
hehehe, bleh try...
acaner ek nak masak meggi ayam gune air panas jek? ini serius.
tasniim:trylaaa..sy wt ni td x smpai setengah jammm huu
chan: megi ayam+air panas..letak siap2 sayur,cili,telur then masukkan dalam microwave 3-5min..biar kjap 2min.siap!
yay. sy wt akaun baru. =)
Post a Comment