Monday, February 6, 2012

refleksi diri

salam.

tak tahu kenapa mood agak swing sejak pagi tadi. mungkin lepas mimpi ngeri malam tadi.lepas ambik Clarinase 2 bijik..tido pon tak nyenyak mana sebab sangat tachy, itu pon stiil bole mimpi. okey saya mimpi I failed my patho,parasites and microbes paper utk exam baru2 ni.sangat ngeri. paper community health dgn pharmaco pon I got C. Ya Allah,mintak jauh. seandainya betul2 terjadi,Ya Allah kuatkanlah diri ini Ya Allah. berilah aku kekuatan Ya Allah. sesungguhnya aku hambaMu yang sangat lemah Ya Allah Ya Rabb.

saya ni susah nak jadi positif. susah nak tenangkan diri sendiri. susah nak cakap pada diri 'takpe,Allah tu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.ujian yang Dia bagi tu menunjukkan bahawa saya ni belum betul2 sedia nak terima apa yang saya mintak.mungkin saya akan jadi riak dan lupa diri.' apetah lagi nak tenangkan orang lain,lagi payah.

tapi saya selalu mohon pada Dia"moga aku dijauhkan daripada menjadi orang yang hanya hampir pada-Mu di waktu susah Ya Allah. moga aku menjadi hamba-Mu yang bersyukur,yang mengingati-Mu di waktu susah dan senang.Ameen."
berdoa supaya saya diberi kekuatan untuk hadapi segala ujian dari-Nya dengan redha dan hati terbuka tanpa menyalahkan sesiapa,malahan memandang segala kesusahan dari sudut positif,bersyukur dan terus berusaha untuk menjadi lebih baik.<--tapi tulaaa yang saya susah nak buat.

dari dulu,kini dan selama2nya saya berdoa supaya terus dapat belajar dari ujian,belajar untuk terima ketentuan-Nya,belajar untuk percaya janji-Nya,belajar dari segala2nya.kerana sesungguhnya sejauh mana kita pergi,belok ke kiri atau ke kanan,ke utara,selatan,timur mahupun barat,kita tetap akan kembali kepada-Nya suatu hari nanti.


Sesungguhnya Allah,hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui(dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pon yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal
(Luqman:34)


Percayalah,sesungguhnya ape yang telah ditentukan olehNya adalah yang terbaik untuk kita.

4 comments:

Faariis said...

amiin. semoga dimaakbulkan doa.
emm, slalunye mimpi terbalik dengan realiti. huuhu..

GuGu said...

Ameen Ya Rabbal Alamin...

Tp mimpi ak slalu jd knyataan Chan..huuu

Faariis said...

takpe, think positive. bukan sume yang kite nak bakkkk tercengang depan mata, munken dengan care lain ia diberi tapi mempunyai tujuan yang sama.

panda putih said...

gugu, dont be sad! insyaAllah, doa byk2. good luck!